Friday, November 26, 2010

MEREKA bertiga menuruni beberapa bukit dan terpaksa berhenti beberapa kali sebabkan kaki yang masih terasa sengal. Terhencut-hencut Nadira berjalan di bantu dengan sebatang kayu yang Nadim kutip. Ensha berjalan ke hadapan sedikit sambil mengheret basikalnya. Nadim di sisi juga mengheret basikal.

“Selalu datang sini ke ?” tanyanya cuba mewujudkan atmosfera yang lebih santai.

“Every weekend.” Jawab Nadira malas-malas.

“Owh. I first time, selalu off road je atau ke Putrajaya track.” Terangnya tanpa di pinta. “I selalu cycle sampai ke Shah Alam, lalu Puncak Alam, the road menuju ke Meru, sometimes we cycle to Meru, sometimes sampai ke Kuala Selangor. Penat juga sebab banyak bukit.” Dia semakin rancak berbual.

“Baguslah.” Jawab Nadira sepatah, dia sangat tidak berminat untuk berbual-bual ketika itu.

“Maybe we can do it together…” Dia memaling muka dan ternampak Nadira mencebikkan bibir. “Emm.. of course with your husband lah…” Nadim terlupa yang di sebelahnya adalah isteri seseorang, dia mengangkat kening dan hatinya mencebik sedih.

Nadira tidak menjawab. Ini adalah yang pertama dan terakhir ye Encik. Dia tidak berhasrat langsung untuk memanjangkan apa-apa selepas pagi itu …

“Park kat mana ?” tanya Nadim.

“Seberang jalan sana.” Nadira menunding ke arah sebuah kawasan lapang yang dijadikan tempat parkir oleh pengunjung-pengunjung FRIM.

“Oh.hmm. you nak call your husband ?” tanya Nadim memandang tepat ke muka bujur sirih yang sangat cantik itu.

Kereta bertali arus agak menyukarkan mereka untuk melintas. Apatah lagi dengan keadaan Nadira yang terhencut-hencut.

“Hm…tak apa. I tertinggal phone kat dalam kereta.”

“Oh, you can use mine and call him. Takan lah nak drive dengan keadaan macam ni.” Suara Nadim jelas mempamerkan kerisauannya.

“Babah tak ada.” Beritahu Ensha dan Nadim terus memaling ke arah budak kecil itu selepas itu ke arah Nadira dan Nadim sempat melihat mata Nadira yang bulat seolah menyuruh Ensha tidak berkata lanjut.

“Oh….camtu you tunggu sini, I simpan basikal ni, and take your car here.”

Nadira menarik nafas, kaki semakin berdenyut dan dengan lemahnya dia terpaksa mengikut saja usul lelaki itu. Poket seluar diseluk dan kunci kereta di serahkan pada lelaki itu. Was-was hadir di benak Nadira, tapi dia tawakal sahaja, teringat kata-kata Pak Muleh, penjaganya di Baitul Saadiah, jangan selalu berburuk sangka dengan orang.

“Honey, kita tinggalkan your bike kat sini dulu, show uncle kereta Mummy ok ?”

Ensha mengangguk dan dia terus menyelukkan tangan kecilnya dalam tangan lelaki itu, perlakuannya membuat Nadira terkejut tapi tidak berkata apa-apa. Dia memaling ke arah Nadira dan tersenyum lebar. Risau bertandang di dalam benak Nadira. Boleh percaya ke Mamat ni ? Aduh…dia semakin kesal dengan dirinya.

“Mana kereta Mummy ?” tanya Nadim setelah mereka berada di seberang jalan.

“Tu.” Tundingnya pada Storm yang terletak di bawah sepohon pokok.

Nadim mengangguk dan matanya memerhati sekeliling. Kelibat Amid tidak kelihatan lagi.

“Kita simpan bike Uncle dulu ye ?”

Ensha mengangguk dan mereka terus mengikut langkah mendapatkan kereta Nadim yang selang tiga buah dari kereta Nadira. Nadim membuka tayar kemudian melipat basikal sebelum memuatkan di ruang belakang kereta pacuan empat roda yang berjenama mewah itu.

“Honey suka chocolates tak ?” tanyanya dan membuka pintu sebelah pemandu.

Ensha mengangguk, “Of course la.” Jawabnya dengan tawa kecil yang nakal.

Nadim mengangkat keningnya dan mencapai satu kotak plastik.

“This is for you.” Kotak itu di hulurkan dan mata Ensha bulat memerhati muka Nadim.

“Thank you, tapi Mummy larang ambil chocolates or anything from stranger.”

“Am I a stranger to you ?” Nadim mencebik.

“Emmm….” Ensha mengelung rambut kerinting halus ke belakang telinga, dia tidak pasti.

Nadim berlutut di hadapan anak kecil itu.

“A minute ago, mungkin Uncle a stranger to you, but now, I am your friend.” Nadim senyum dan menghulurkan kotak plastik yang di dalamnya terisi pembalut berwarna-warni.

“Ok, let’s shake hand.” Ensha menghulurkan tangan dan Nadim menyambutnya mesra.

“Friends…” kata Ensha memandang ke seluruh raut wajah Nadim.

“Ya…friends..” Nadim senyum dan dia membuka penutup kotak plastik itu. Dia mengambil satu coklat dengan pembalut berwarna pink. “Yang ini rasa strawberry.”

Ensha membuka pembalut dan terus mengulum coklat itu.

“Sedapnya !”

“ Jom kita ambil Mummy.”

“Boleh tak nak share coklat ni dengan Mummy ?”

“Mesti la boleh.”

Ensha mengangguk-angguk dan mereka terus mendapatkan kereta Storm.Tidak lama kemudian, kereta Storm yang dipandu Nadim masuk ke tepi pintu gerbang di mana Nadira menanti mereka. Kereta itu diberhentikan betul-betul di sisi Nadira supaya senang nanti dia kerabat naik kereta yang tinggi itu.

“Rasanya you tak boleh drive ni, dan suami you pulak takde, lebih baik I hantar ?”

Nadira mengerutkan dahi sambil menggeleng perlahan.

“Tak apa lah Encik Nadim. You’ve been very kind enough..and too helpful…I’ll manage.”

“Bahaya nanti, lebih-lebih lagi you bawa Honey. I boleh drive you guys ke rumah.”

Ewah ewah kan main lagi mamat ni.

Telefon Nadim berbunyi dan dia terus menyambutnya, Nadira dengar saja percakapan lelaki itu dengan si pemanggil. Nadim sedang mengarah seseorang untuk datang ke tempat mereka.

“Sorry ….” Katanya dan terus memasukkan handphone ke pouch biru yang terlingkar di pinggangnya.

“Tolong beri kunci kereta saya…” suara Nadira semakin mendesak. Lebih lama dia di situ lebih sakit hati dan juga tentunya kaki yang tidak berhenti berdenyut.

“I don’t think you boleh drive. Let me, I am harmless.” Dia ketawa di hujung kata-kata itu yang mana tidak sedikit pun terasa lucu oleh Nadira.

“Encik, tolong berikan kunci kereta saya, SEKARANG juga !” Nadira menjegilkan mata dan membuatkan hatinya bertambah sakit Mamat yang berdiri di hadapannya boleh gelak suka hati.

She is so cute !

“Boss…” perbincangan mereka terganggu. Seorang lelaki menghampiri dan Nadira hanya melihat Nadim menyerahkan kunci kereta dan memberitahu keretanya di parkir di mana. Lelaki itu mengangguk dan terus berlalu.

“Ok..now I dah tak ada kereta..so camna pun I terpaksa drive kereta ni. Don’t worry I akan explain semua to your husband.”

“Tak apa lah…I boleh drive…” Nadira membeliakkan matanya sebesar yang boleh menuntut lelaki di hadapannya untuk mengerti yang dia tidak perlukan sebarang bentuk pertolongan lagi, cukup dengan apa yang telah di lakukan. “Ensha masuk. Terima kasih banyak Encik Nadim. Terima kasih sangat-sangat.” Suaranya di kawal supaya tidak berbunyi sombong dan seolah tidak berterima kasih pada Nadim. Gopoh gapah Nadira membuka pintu, dengan kaki yang berdenyut dia cuba memanjat Storm yang tinggi itu. “Ouchhhhhhhhhh”

Ensha yang melihat mummy sudah marah-marah, cepat-cepat masuk ke dalam kereta. Tanpa memperdulikan rasa denyutan yang makin menyengat, Nadira terus menarik pintu kereta dan menghempas dengan kuatnya. Tangannya terhenti pada tempat kunci, dengan mengetap gigi cuba menahan marah apabila Nadim tersengih nakal sambil menghayunkan kunci kereta.

“You tak ambil kunci lagi, mana boleh nak drive.”

Nadim menelan rasa gelihati, dia menarik nafas dan berusaha tidak ketawa. Nadira mengepal penumbuk, cuba untuk tidak melepaskan rasa marah yang mendidih.

“Let me help. Please.”

Kaki Nadira berdenyut tidak henti-henti, kini sudah menjadi kebas. Dia memang tidak berdaya sebenarnya tapi hatinya keras untuk menidakkan pertolongan lelaki itu.

“Kaki tu tambah sakit nanti, just trust me ok ?”

“Mummy please let Uncle Nadim drive kita. Mummy sakit nanti camna ? Please Mummy.” Suara Ensha perlahan dan takut-takut tetapi dia cuba untuk mendamaikan antara Mummy dan Uncle Nadim. Ensha tidak tahu kenapa Mummy marah pada Uncle Nadim sedangkan dia sudah pun membantu mereka. Nadira mengigit bibir atas menahan rasa geram yang menendang-nendang hatinya. Sudahlah kaki berdenyut sakit, bertambah sakit melihat lelaki yang berdiri di luar dengan senyuman, dan senyuman manis itu sangat-sangat menganggu penglihatan Nadira.

Nadira lepaskan nafas geram yang terkumpul dan akhirnya dengan menahan rasa tidak puas hati dia terpaksa bersetuju. Nadim terus membuka pintu belakang lalu memapahnya keluar dari tempat pemandu. Tanpa di duga Nadim terus mendukung Nadira dan berjalan sepantas yang boleh ke bahagian belakang yang sedia terbuka itu. Nadira tergamam dengan tindakannya, ketika dia diletakkan ke seat belakang, renungan Nadim tepat ke arah Nadira tidak berselindung lagi, Nadim tahu adalah sangat salah dan berdosa dia merenung isteri seseorang begitu rupa, tapi mata bulat dengan anak mata coklat itu sangat menarik hatinya. Sayang sekali, wanita berwajah lembut tapi perwatakannya agak garang itu sudah menjadi hak orang lain, timbul sedikit rasa kesal di benaknya.

“Ok Honey, let’s go to the clinic first then baru Honey tunjuk rumah Honey ok ?” Ensha tersenyum dan mengangguk.

Sepanjang perjalanan, Nadira diam sahaja di belakang, celoteh Nadim dan Ensha membuatkan mukanya lebih berkerut-kerut menahan rasa denyut dan sakit hati yang semakin kerap menyerang. Tangannya ringan saja hendak mencekik lelaki yang suka buat lawak-lawak bodoh tapi amat di senangi Ensha Huh, getus Nadira kuat sehingga membuatkan Nadim terpaksa melihat dari cermin pandang belakang.

Bab 2-1

Nadim menarik keluar kotak First Aid yang baru semalam di masukkan. Ada sebab rupanya apabila dia tiba-tiba mengalihkan kotak bantuan kecemasan itu dari kereta miliknya yang sebuah lagi. Dia membuka kotak itu dan memeriksa kandungannya. Sebelum mengayuh semula ke tempat kejadian, dia menghubungi Amid, pembantu peribadinya.

“Mid, I kat FRIM ni, you datang sini dengan Azlan, standby mungkin you kena drive my car back.” Dia mengarahkan Amid.

“Ok boss.” Suaranya lemah sahaja, pagi Ahad itu dia mahu bersenang-senang di atas tilam lembiknya, tapi panggilan dari Nadim membuatkan dia hilang selera untuk bermanja dengan bantal busuk yang sentiasa menemaninya.

Nadim mengayuh laju, otot-ototnya nampak pejal setiap kali dia mendaki bukit-bukit itu. Mentari yang semakin galak membuatkan percikan peluhnya semakin menjadi-jadi.

“Camna ?” tanya Nadim sebaik menjatuhkan basikal di sisi.

“Berdenyut dah…” jawab Nadira berkerut-kerut.

“Sorry ye, boleh tak gulungkan sikit seluar, senang nak bandage dan bersihkan luka,” katanya menanti Nadira menarik seluar panjang berwarna hitam itu.

Nadira terus menarik kaki seluar, tapi Nadim nampaknya tidak berpuas hati dan tatkala dia menggulungkan kaki seluar itu hingga menyerlahkan separuh dari betis yang cantik bentuknya, Nadira terpaksa biarkannya. Mata lelaki itu meneliti pergelangan kaki yang sudah ada kesan lebam, dan kerana kulit Nadira yang sangat putih menampakkan lagi biru hitam di kawasan tersebut.

“Boleh gerak-gerak ?” tanyanya.

Nadim mengangkat muka dan untuk pertama kali matanya merenung ke arah Nadira, dia tergamam. Sekilas pandang dia terpesona dengan apa yang di lihat di hadapannya, cepat dia mengalihkan mata namun hatinya terasa tidak cukup. Dia cuba menumpukan ke arah luka dan lebam di kaki Nadira, tapi hatinya di rengut-rengut minta matanya di angkat, sekali lagi dia mengerling sedikit agar tidak nampak keterlaluan. Wajah yang berkerut sakit memang memukau.

“Boleh, tapi sakit….” Suara Nadira keluar tersekat-sekat, dan dia berdehem berkali-kali. Jantung Nadira tiba-tiba berdegup lebih laju dari denyutan yang terasa di pergelangan kaki. Renungan lelaki tadi walaupun sekilas cukup untuk membuat dia rasa terganggu.

Nadira cuba menggerakkan pergelangan kaki, kesakitannya menyebabkan dia mengaduh kecil. Nadim berdehem berkali-kali, kerongkongnya tiba-tiba terasa ketat dan sukar untuk mengeluarkan kata-kata, entah kenapa jantungnya pula berdegup tidak keruan. Mengenangkan wanita di hadapannya adalah seorang ibu dan tentulah isteri pada seseorang, Nadim mengawal matanya, dan tentu sekali tingkahnya.

“You cakap apa tadi ?” matanya tepat memandang pergelangan kaki.

“Boleh gerak, tapi sakit.”

“Ok kita cuba bandage, but still kena pegi klinik.”

Kotak bantuan kecemasan di buka dan Nadira lihat lelaki itu mengeluarkan satu gulung bandage dan sebotol antiseptik, kawasan pergelangan kaki di bersihkan sebelum dengan penuh hati-hati kakinya di balut dengan sekemas mungkin.

“Uncle, doktor ye ?” tanya Ensha yang bercangkung di sisinya.

“Tak…” Nadim senyum, tangannya ligat melilit bandage, matanya pula memaling ke arah Ensha. Mak cantik, anak manis.

“Tapi Uncle pandai ubatkan Mummy…uncle nurse ye ?” Nadim ketawa sambil menggeleng kepala. “Abis tu…uncle apa ?”

“Uncle kerja kat ofis la, tapi uncle dulu belajar First Aid.”

“Ohhh….nama Uncle apa ? Saya Ensha Hani, panggil Ensha je. Tu Mummy saya Nadira, or Dira or D je…” Nadira mengetap bibir. Amboi ramah tamah pulak si kecik ni.

“Nadim…Nadim Syah..”

“Wah nama cam Hang Nadim….” Ensha ketawa kecil.

“Ya, Hang Nadim the hero.” Nadim mengenyet mata membuatkan Ensha bertambah seronok melayan lelaki itu.

“Tapi Hang Nadim budak kecik, Uncle dah besar !” Mereka berdua ketawa.

“Ensha !” Nadira menjeling tajam Ensha yang semakin seronok beramah mesra.

Anak itu tidak memperdulikan mummynya. Dia lebih senang bertinggung di sisi lelaki yang baru mereka kenal itu dari memeluk Nadira untuk mengurangkan rasa sakit.

“Ensha..sini…” Nadira cuba menggapai lengannya tapi cepat si kecil mengalih sedikit ke belakang.

“Mummy dok diam-diam nanti tak ikat betul sakit..” amboi..bukan main lagi si kecik ni.

“Uncle panggil Ensha, Hani lah boleh ?” Nadim menampal plaster sebelum menyemat hujung lilitan dengan pin kecil. Dia menarik kotak kecemasan itu dan mengeluarkan sepeket gauze.

“Kenapa pulak ?”

“Biar lain dari yang lain…” dia tersenyum manis dan memerhati riak muka si kecil, makin lebar senyumnya. Nadim menyeka peluh yang mengalir di tepi telinga.

“Boleh…Hani…cam H.O.N.E.Y kan ?”

Eh…Eh makin menggatal pulak si kecik ni, geramnya aku.

“Ya..and you are as sweet as H.O.N.E.Y.” Ujarnya sambil memicit hidung mancung Ensha. Ensha apa lagi ketawa mengekek yang menjengkelkan Nadira.

Nadim menonggengkan botol kecil tadi pada gauze yang ditekup di mulut botol. Luka yang terdapat di bahagian siku ke bawah dibersihkan dengan antiseptik. Dia memeriksa dan membelek tangan bahagian kiri pula dan menguis-nguis luka dan calar. Berkerut-kerut muka Nadira menahan pedih ubat antiseptik mengenai kesan luka.

“Sorry, pedih ye ?” tanyanya dan Nadira hanya mengangguk. “Tahan sikit ye..”

Nadira perhati sahaja dengan mulut yang terkemam, jari-jari lelaki itu menyentuh dengan lembut dan sedaya upaya cuba mengurangkan rasa pedih.

“Alright, dah siap. Come, let’s help Mummy up.” Katanya melihat pada Ensha. Kotak kecemasan di kemas dan Nadim bangun berdiri. Dia berkira-kira apakah kaedah paling sesuai untuk membantu wanita di hadapannya bangun dan berjalan ke bawah.

“Jauh juga kita nak kena jalan ni … boleh ke ?” tanya Nadim.

Nadira melangkutkan mukanya, “Boleh, I rasa boleh jalan tapi perlahan-lahan.”

“Hmm…ok, kita try…” dia menghulurkan tangan, tidak pasti samada hendak menarik terus atau meletakkan tangan wanita itu ke bahunya dan menolak badan itu supaya boleh berdiri.

Nadira menyambut tangan itu dan mengenggam erat, tetapi kakinya yang masih terasa sakit tidak boleh menolak badannya untuk berdiri, dia terjatuh kembali dan punggungnya pula terasa sakit di hempap.

“Hmm…” kata Nadim dan terus bertinggung di sebelah Nadira

“Mummy….bangunnn” gerak Ensha Hani. Langsir tebal di tarik ke tepi lantas memercikkan sinar matahari yang baru memancar terus menangkap mata Nadira yang separuh terbuka. “Mummy tak subuh ye ?” Dia melompat ke atas katil membuatkan tilam terenjut-enjut.

“Mummy cuti la sayang…” Nadira memusingkan badan dan menarik selimut menutupi kepala. Silauan matahari yang baru naik dengan garangnya membuatkan mata yang tertutup rapat itu terasa pedih.

“Oooo patut la….Mummy bangun la, hari ni kan hari Alam kita…” dia menarik selimut yang menutup kepala, mukanya betul-betul di hadapankan ke hadapan muka Nadira dan tangan kecilnya mengopek pelupuk mata memaksa si ibu bangun.

“Hari Alam ??? Apa pulak …” bisik Nadira malas, tangan Ensha ditepis perlahan.

“Mummy lupa ye…kan hari Ahad kita gi berbasikal kat FRIM…” Nadira memejamkan mata serapat-rapatnya dan Ensha masih terus mencuba mengopek pelupuk mata itu. Ohhh manalah budak ni dapat semua tenaga di dalam tubuh kemetot itu….

“Kita skip satu hari boleh ?” tanya Nadira dengan malas, mata di buka separuh dan amat berharap Ensha mengangguk tapi Ensha menggelengkan kepalanya laju. Dia duduk celapak di atas perut Nadira pula, mata yang masih terpejam terus terbuka bulat, henyakan badan itu walaupun kecil tetap membuat perut kempis Nadira terasa senak.

“Aduh…sakit la….beratnya anak Mummy ni.” Nadira menggeletek pinggangnya dan dia terjatuh di sisi sambil ketawa terkekek-kekek. Nadira akhirnya mengalah, dia bangun dan terus ke bilik air, dia mandi dengan mata masih tertutup. Ensha pula melompat-lompat di atas katil tanpa ada siapa melarangnya, siap buat somersault.

“Aunty Oya tidur ke Ensha ?” tanya Nadira sambil menyarungkan seluar.

“Dah bangun la Mummy. Aunty siap buat breakfast lagi.”

Nadira mengganguk sambil menyarungkan pula sehelai t-shirt lengan panjang berwarna hijau tua.

“Ok let’s go princess…cepat la…” Dengan bertenteng Ensha membuntuti Nadira ke tingkat bawah.

Ketika Nadira masuk ke dapur, dia lihat Oya sedang duduk menikmati kopi panas sambil membaca akhbar pagi.

“Ko tak tidur ke ?” tanya Nadira sambil menuang kopi panas ke dalam mug, kopi itu di teguk sedikit dan kafeine yang mengalir terus merangsang tubuh. Mata Nadira hanya melihat hidangan yang tersedia. Cucur ikan bilis. Dia mencapai sebiji dan mula mengunyah perlahan.

“Lepas subuh tadi aku rasa lapar pulak. Korang nak ke FRIM ke ?”

“A’ah…aku tak larat ni beb…”

“Bukan tiap hari, seminggu sekali la D, layan la kejap.”

Nadira mengangguk lemah.

“Ya..I know,” jawabnya tersenyum senget dan terus mendapatkan Ensha yang sedia menunggu di porch sambil membuat hoola hoop.

DUA beranak itu mendaki bukit-bukit kecil di Rover Track, matahari yang merak menyala tidak terasa bahangnya dek kerana pokok-pokok yang merimbun. Ensha mengayuh laju, dia sudah terlalu biasa dengan denai di situ. Sesekali sahutan unggas membuatkan suasana indah sekali. Kaki mengayuh dengan penuh berhati-hati ketika melalui jalan yang agak sempit, ketika pertama kali Nadira ke situ, memang ngeri tatkala melihat gaung yang dalam di sepanjang jalan. Kaki dan minda harus selari, harus sama konsentarsinya, kalau tidak kemalangan boleh terjadi.

Mata Nadira masih lagi terasa sembab, kepalanya juga terasa ringan, disebabkan kepenatan yang tidak habis lagi, dia mengayuh dengan agak perlahan. Matanya memerhati Ensha di depan yang terus mengayuh tanpa rasa penat. Dia gigihkan diri mengayuh melepasi bukit yang agak curam. Peluh memercik dan kaki terasa sengal.

“Cepatla Mummy..”

Terdengar jeritan Ensha yang di selang seli dengan deru angin beberapa pengayuh basikal yang lebih laju memotong. Entah macam mana konsentrasi Nadira terganggu dan tayar terlanggar akar kayu yang terbonjol keluar, basikal terhoyong hayang dan Nadira menjerit pabila merasakan basikal itu semakin menghampiri lereng bukit, dalam kekalutan itu dia segera melompat, badannya melambung beberapa meter sebelum tercampak ke tanah merah yang kasar dan kering. Basikal itu terus meluru menghampiri tebing dan matanya terbeliak melihat basikal itu terjunam laju ke dalam gaung. Nasib baik otak Nadira bertindak pantas, kalau tidak tidak tahulah apa yang akan terjadi. Ensha yang terdengar jeritan Nadira terus memberhentikan basikal. Dia berpaling dan mencari-cari Nadira di belakang, matanya tertangkap Nadira yang sedang mengerang kesakitan.

“Mummmy…mummy ok ke ?” Ensha mengoncang badan Nadira yang sedang menanggung kesakitan kesan hentakan tadi dan sekaligus menyedarkan Nadira dari kekagetan.

“Mum..Mummy ..o..ok”

Beberapa orang sudah pun memberhentikan kayuhan mereka dan mengerumuni Nadira, melihat keadaan dan juga menghulurkan kata-kata simpati.

“Puan ok ?” tanya Nadim, seorang pengayuh basikal yang turut berhenti ingin tahu apa terjadi. Ketika pengayuh lain mula bergerak, dia memerhati keadaan Nadira dari jarak yang lebih dekat lagi. Dia yang tadi sedang bertinggung bangun seraya membantu Nadira bersandar pada seketul batu besar.

“Kaki saya sakit…” Mata mereka sama-sama melihat ke pergelangan kaki yang ada kesan luka dan lebam.

“Saya rasa puan terseliuh ni.” Nadira mengembungkan pipi menahan sakit. “Kat kereta saya ada First Aid Box. You tunggu sini ok ?”

Nadira hanya mengangguk, dengan kaki yang sakit mana la dia hendak pergi lagi. Buat lah apa saja asal sakit ini boleh dikurangkan. Ensha di sisi sudah mula menangis teresak.

“Mummy..jangan buat camni lagi ok…..” Nadira menarik Ensha dalam dakapan, kepalanya di usap dan dia bawa wajah comel itu ke tengah dadanya.

“Don’t worry sayang, Mummy tersilap je tadi. Mummy dah ok la..Cuma basikal tu je tak ok.” Dalam keriut menahan sakit, Nadira tetap menguntum senyum dan mencium ubun-ubun Ensha.

“Kita tunggu Uncle tadi ?” tanya Ensha melangut melihat ke arah Nadira yang mengangguk.

“Nasib baik dia ada kan Mummy. Kalau tak camna…”

Nadira hanya mengangguk. Apa telah terjadi pagi tadi memang ngeri kalau di ingat-ingat kembali. Sememangnya dia sangat beruntung, kerana Allah mahu dia selamat, dan Allah juga mengirimkan seseorang untuk menolongnya pada pagi itu. Terima kasih Ya Allah, terima kasih Ya Allah….

Sunday, November 14, 2010



“Mana Nadira ni ??? Mana dia ???” kalut suara seorang perempuan separuh usia.

Nadira yang sedang mengatur dengan teliti cupcake comel pada cupcakes tier yang berbentuk gulung, terus tersentak, nasib baik cupcake itu tidak terlepas dari pegangannya.

Perempuan itu, Datin Muhaini, pelanggan terkini O&D Party Planner. Dia menjegilkan mata dan wajahnya nampak tertekan. Kerja Nadira terhenti, dan dengan hati-hati dia meletakan semula cupcakes yang berising putih berbunga merah jambu. Datin Muhaini yang sudah berdiri di sebelah tampak semakin tertekan melihat reaksi Nadira yang relaks dan tenang.

“Nadira !” Suaranya dilontar begitu nyaring dan tinggi. “Saya dah ingatkan awak semalam kan ? Saya mahukan napkin linen putih bersulam bunga kecil berwarna merah jambu, yang berbau wangi haruman mawar.”

Napkin linen biru bersulam bunga kuning yang telah digosok rapi,dan di sembur haruman melur di layangkan di hadapan muka Nadira, yang terpaksa mengundurkan sedikit kepalanya, kalau tidak tentu di sepak-sepak napkin harum itu. Nadira mengerutkan dahi, menghadapi pelanggan yang sukar seperti Datin Muhaini memang menuntut kesabaran yang tinggi.

“Ye, tapi semalam Datin juga yang minta untuk diselang selikan warna putih dan bi..” tidak sempat dia menghabiskan ayat Datin itu terus melepaskan dengus kasar.

“Tidak…Tidak ! Saya cakap semua putih dan merah jambu..” matanya bulat. Rambut yang sudah di set ala Sharifah Aini bergoyang-goyang. Tentunya dia buat-buat lupa dengan apa yang sudah dia tetapkan semalam.

Nadira menarik nafas perlahan-lahan, cuba mengawal emosi, dia harus pastikan suara yang bakal dikeluarkan adalah senormal mungkin.

“Camni Datin, kita dah kesuntukan masa sangat…”

“Saya tak kira Nadira, I want white linen with pink flowers scented with rose…TUKAR !”

Datin Muhaini bingkas meninggalkan Nadira yang terpedip-pedip. Oya yang sedang membuat hiasan akhir pada salah satu hidangan terlopong. Matanya menyingah ke arah Nadira yang sedang sedaya upaya menghadirkan senyuman.

Tugas sebagai seorang perangka majlis adalah memastikan majlis yang di kehendaki berjalan selancar mungkin. Misi utama O&D Party Planner adalah mecungkil rasa bahagia setiap yang hadir ke majlis yang di raikan. Bukan senang merangka sesebuah parti, nak kena tahu temanya, nak kena tahu jemputannya. Kalau pelanggan orang yang cerewat bertambah rumitlah jadinya kerja yang terpaksa di lalui Nadira dan Oya. Tapi tiap kali bila selesai majlis, Nadira akan rasa puas, puas kerana, tetamu yang di raikan tuan majlis akan pulang dengan keriangan di hati dan tuan rumah akan sentiasa mengingati saat indah bersama teman-temannya.

Apa yang baru terjadi adalah antara yang tidak seronok dalam pekerjaan seorang perangka majlis. Pertukaran di saat-saat akhir, memang menyenakkan perut. Banyak pengalaman yang di tempuhi Nadira sepanjang dua tahun bergelar seorang ‘Party Planner’, antaranya; pelanggan buat-buat lupa tentang perkara yang telah di persetujui, pelanggan mencampuri setiap urusan dan akhirnya acara yang berlangsung menjadi kurang seri, akhirnya Nadira dan Oya juga di persalahkan dan yang paling teruk pernah adalah apabila segala persiapan sudah disiapkan tetapi terpaksa dibatalkan kerana orang yang hendak diraikan sudah meninggal dunia. Semua pengalaman itu membuatkan Nadira mahupun Oya sentiasa berhati-hati dalam menerima satu-satu tempahan.

Oya merengus dan terus keluar dari dapur itu. Dia, adalah sahabat baik Nadira dan juga merupakan rakan kongsi. Mereka membesar bersama-sama. Mereka memasang cita-cita yang sama. Sebagai penghuni di Baitul Saadiah , sebuah rumah anak yatim, mereka mengharungi setiap detik suka atau duka bersama-sama. Sudah 34 tahun menyusuri segalanya bersama, terpisah sekejap apabila dua-dua mendapat peluang melanjutkan pelajaran tetapi hati mereka tetap bersatu di mana pun mereka tercampak.

“Benda macam nilah aku tak suka tau,” katanya sekembali dari mengambil napkin linen yang di mahu. “Nasib baik la aku dah siap sediakan….” Dia terus membebel. “Aku dah kata ngan kau semalam kan, perempuan tu psycho sikit….” Dia memperlahankan suaranya dan mengenyit mata seolah cuba meredakan keresahan yang melanda hati Nadira. Tawa kecil terlepas dari bibir tipis milik Nadira, dan hatinya amat lega apabila melihat napkin yang diminta Datin Muhaini terlipat kemas di dalam sebuah kotak.

“Alhamdulillah, nasib baik kau cekap Oya…kalau tak mampus kita….”

“Hey…it comes with experience la…”

Dia terus berlenggang masuk ke ruang tamu yang telah di transformasikan menjadi sebuah ruang makan berkonsepkan English Garden, bau harum Ros Merah disulami Calla Lilies berwarna putih dan Pink Daisies menusuk lembut, percikan air dari pancuran kecil di tengah-tengah ruang itu berkilau-kilau di simbah cahaya lampu Chandeliar kristal.

“Oya, this is better girl. Macam nilah….” Datin Muhaini menepuk-nepuk bahu Oya.

“Kami dah biasa dengan last minute change of mind ni Datin…so kami dah siap-siap..”

“Oh..” jawab Datin Muhaini ringkas lantas beredar sambil-sambil itu mencuit pinggan Noritake berwarna krim di kelilingnya saduran emas, seolah-olah memastikan setiap inci pinggan itu tiada cacat celanya.

Oya kembali ke dapur dan memerhati Nadira masih lagi menyempurnakan susunan cupcakes.

“Ms Perfectionist !” perlinya tersengih-sengih.

Mata Nadira tepat pada susunan kek comel di tier-kek. Dia puas hati, susunannya menyerlahkan lagi setiap kuntuman bunga yang menghiasi kek kecil itu.

“Siap. Aku nak bawak ni ke ruang hadapan, tolong buka pintu tu..PLEASE !”

TETAMU sudah mula memenuhi ruangan besar itu. Jemputan yang sekitar 50 orang wanita riuh di selang seli dengan tawa yang panjang dan di hangatkan dengan gosip-gosip yang boleh membulatkan mata.

“Puan Sri, apa khabar ?” Datin Muhaini berjalan mendepangkan tangannya. Mereka berdakapan dan melagakan pipi. “Hmm..I can see a new Chopard shining on your cute little finger….” Dia membisikan ke telinga Puan Sri Suhaida yang tersenyum bangga.

“Wah cantik betul hiasan malam ini.” Puji Puan Sri sambil melihat sekeliling.

“Ye..I boleh cadangkan dekat you Puan Sri…mm..ya tu dia..” Datin mengamit ke arah Nadira yang sedang mengawasi supaya semuanya di dalam keadaan terkawal. “Ini lah Party Planner I malam ni, Nadira.”

Nadira menghulurkan tangan tapi di sambut dengan sekadar menyapu hujung jari sahaja, seolah jari-jarinya adalah pusat pengumpulan bakteria.

“Ini Puan Sri Suhaida, isteri Tan Sri Nordin.” Nadira hanya mengangguk.

Nama Tan Sri Nordin dan Puan Sri Suhaida sering keluar dalam majalah Malaysia Tatler terus di kenali Nadira, dia sering membelek majalah itu untuk melihat ragam dan jenis majlis yang di hadiri orang-orang kelas atasan. Nadira menawarkan satu senyum namun sedikit pun tidak di balas. Keras sangat ke pipi tu Puan Seri…terlebih botox ye Dia rasa gelihati dengan perangai mereka yang berharta dan berkedudukan.

Majlis bermula dengan ucapan Datin Muhaini yang meleret-leret, memuji-muji Puan Seri Suhaida dan beberapa Puan Seri dan Datin Seri yang hadir. Nadira dan Oya yang berdiri di hujung ruang tamu itu sambil menantikan ‘que’ seterusnya, terpaksa menadah telinga, menepuk tangan apabila hadirin bertepuk tangan, dan gelak kecil apabila hadirin gelak dengan lawak yang tidak berapa kelakar. Kaki mereka terasa lenguh dan Nadira kadang-kadang bergerak kiri dan kanan untuk menyeimbangkan rasa lenguh yang mengigit-gigit. Mana tidak dari siang hingga kini, kaki itu ke sana dan ke sini memastikan segalanya berjalan lancar.

“Ni agaknya Persatuan Datin-Datin Kesepian kot eh..” Nadira ketawa kecil mendengar kata Oya itu dan cepat menyiku perlahan lengan Oya.

“Gila betul la pompuan ni. Mengenangkan kita charge dia tinggi je aku sabar ni Dira…” bisik Oya tanpa memperdulikan sikuan Nadira tadi.

“Ntahnya…Puan Seri tu sombong gila kau….tengok aku cam aku ni Bibik Indon dia…” Oya mengerling Puan Seri Suhaida yang tersengih-sengih di puji.

“Engkau rasa rantai kat leher dia tu real ke ?”

“Aku rasa real la beb…tadi siap senyum meleret kena tegur pasal cincin Chopard dia..”

“Mak aih….kalau aku laki dia bukan Chopard dah..kopak dah aku.” Ketawa mereka yang agak kuat membuatkan beberapa orang berpaling dan mereka cepat-cepat mengulum ketawa.

“Diam la kau Oya…”

“Kau tu….lah…eh ok dah abis speech, aku nak arah adik-adik tu bawak masuk makanan…”

Makanan di bawa masuk satu persatu, hingga semua yang duduk menanti mendapat makanan mereka. Sempat juga telinga Nadira menangkap pujian kesedapan makanan malam itu. Walaupun tidak di katakan terus pada dia atau Oya, pujian-pujian yang sebegitu sedikit sebanyak menghilangkan rasa penat mengelolakan majlis yang kecil tapi agak mencabar itu.

MAJLIS berjalan lancar, dan hanya selesai jam 11.30 malam. Setelah siap membersihkan ruang tamu dan mengatur semula semua perabut ke tempat asal, Nadira dan Oya melihat sekeliling dan tersenyum puas. Datin Muhaini gembira dan tidak henti mengucapkan terima kasih, dia juga sudah membuat promosi percuma untuk O&D Party Planner.

“Esok pagi aku bank-in cheque ni ..Alhamdulillah..kaya kita D..”

Nadira yang sedang menolak masuk kotak terakhir ke dalam bonet Storm sebelum menutup pintu mengangguk sahaja. Jam menunjukkan pukul 2 pagi. Urat-urat terasa tegang semuanya.

“Aku mengantuk sangat, ko drive lah..” tanpa menunggu jawapan Oya, Nadira segera membaling kunci kereta yang terjatuh ke tanah tanpa sempat disambut. Terdengar hamun Oya dan Nadira hanya mampu tersengih dan terus menolak badannya ke dalam kenderaan itu.

“Malam ni aku tidur rumah kau la D…”

Nadira hanya mengangguk, matanya sudah nampak dua-tiga-empat bayangan, dan kelopak matanya tidak mampu lagi di tahan dari terbuka, akhirnya dia tertidur, berdengkur halus namun Oya tetap bercakap tidak henti-henti.

Thursday, November 11, 2010

PART 1-2

Tekak aku terasa perit , masuk kali ini sudah tiga kali aku muntah dan dua kali rasa hendak muntah tapi tidak ada apa yang keluar. Perutku pun terasa nak terkeluar sekali. Aku duduk di toilet seat dan jari ku mengira-ngira. Aku geleng dan kira lagi. Aku geleng dan kira lagi. Aku duduk dan teringat semua simptom-simptom yang patut ada dan semua simptom tu sudah aku lalui beberapa hari kebelakangan ini.

Betul lah. Aku terkebil-kebil ...ini tentu hasil 'projek' kat Bahamas tiga minggu lalu. Perutku terus terasa kembang. Aku bangun dan terus memasuki ruang di sebelah bilik air yang menempatkan almari baju dan beg-beg, beg toiletrie yang masih terletak di dalam beg besar aku keluarkan, sebuah kotak berwarna pink aku tarik. Aku merasa meloya lagi dan cepat-cepat kembali ke bilik air. Muntah lagi. Aduh. Tensionnya !

Paket aluminium aku koyak dan test strip aku keluarkan. Aku membaca sedikit arahan dan terus melakukan seperti apa yang tertera. 15 saat… 30 saat… 45 saat… 60 saat… dan aku pejam sebelah mata. POSITIF. Aku kembali duduk di atas toilet seat. Bermacam perasaan timbul dalam benakku.


Nadim terus ke bilik basuhan, kain masih berlonggok di atas lantai. Dia menghampiri mesin basuh dan satu load sudah pun selesai di basuh. Penutup di buka, kain di keluarkan dan di masukkan dalam bakul yang kosong. Dia bergerak pula ke mesin pengering dan tercanguk di depan mesin itu. Kepalanya di garu, mana satu nak tekan ni...karang habis kecut pula. Mana D ni. Dia tinggalkan mesin pengering dan kembali pada longgokan tadi. Di masukkan semuanya sambil menekan-nekan baju-baju tersebut memastikan masih ada ruang lagi di dalam mesin basuh itu. Dia terkebil pula melihat sabun basuh dan pelembut kain. Berapa banyak nak bubuh ni ..masuk mana dulu eh ? Tangannya mula-mula mencapai pelembut kain kemudin diletakkam semula, sabun pembasuh pula di ambil..dia menarik nafas...Neng mana kamu ? Akhirnya dia tinggalkan saja bilik itu sambil memanggil nama Nadira.

Aku dengar Nadim memanggil, entah mengapa ketika dan saat itu aku malas melayan dia. Aku geram. Aku rasa sakit hati. Aku rasa hendak menangis dan memang aku sedang menangis pun sekarang.

Nadim memasuki bilik kami, matanya nampak katil yang sudah terkemas cantik, cadarnya sudah di tukar, duvet juga sudah terhampar kemas, tingkap bilik terbuka luas, permaidani tergulung dan terletak di tepi dinding, sebatang mop terlentang di tengah-tengah bilik itu. Separuh lantai kayu itu sudah pun berkilat dan separuh lagi masih belum di sentuh mop.

“Sayang …”

Nadim masuk, dan terus menghampiri bilik air. Pintu yang terbuka sedikit di intai, dan dia terkejut melihat Nadira yang sedang duduk di atas toilet seat, badannya tertunduk sehingga dadanya menyentuh ke peha, dan rambutnya mengurai ke bawah. Kedua-dua tangan tergoyang-goyang di sisi.

“Sayang….” Nadim terus menarik Nadira. “Ya Allah, kenapa ni ?” Matanya terus melihat muka Nadira yang sedang menangis, matanya merah menyala, air mata masih berjuraian, hidungnya juga berair, nampak tidak terurus langsung.

“Abang…” aku terus menjatuhkan muka ke dadanya.

“Syyyyy…. Kenapa ni ? D tak sihat ye ?” aku rasa Nadim meletakkan tapak tangan ke dahi dan tengkuk ku. Suhu badan normal.

“Abang…” dan aku terus menangis lagi.

“Ok, don’t worry, I will send the laundry ke dobi… you don’t have to do all the chores kalau D tak mau….it’s ok, I will get someone to help you.” dia mencium ubun-ubun aku. “Abang tahu, rumah ni besar sikit dari Subang, it needs a lot more energy. I panggil Neng everytime kita spend time kat sini. Dah jangan nangis ok.”

Aku tambah pening.

“D nangis bukan pasal kerja semua. I have no problem with that.” Aku masih lagi menangis di dada Nadim.

“Then why ? Abang ada buat salah ke ? I am sorry D, if I hurt you.”

“Tak…D nangis sebab….sebab… D nak nangis.”

Muka Nadim berkerut, keningnya bertaut, rahangnya bergerak dan mata kanannya terkedip-kedip. Apa hal pulak ni ????

“Emm , ok , just let it out..” dia memujuk perlahan, aku rasa badanku di dakap erat dan Nadim seolah mendodoi ku perlahan.

Ada kira dua minit jugalah kami berada dalam keadaan begitu sehinggalah badan Nadim aku tolak. Tangisan tadi tiba-tiba berhenti dan aku sapu air mata yang masih berbaki.

“I am ok now…”

Aku terus keluar dan mengambil mop yang terlentang. Nadim masih di bilik air dan terpinga-pinga.. Dari pintu bilik air Nadim melihat saja Nadira yang menyambung mengemop lantai. Dia menggelengkan kepala. She is complicated….Ya Allah tolong hambaMu ini. Perempuan memang susah nak paham …

Tanpa memperdulikan Nadim aku terus menyudahkan kerja aku yang terbengkalai. Rasa mual dan meloya tadi pun sudah hilang, cuma kepala aku terasa sedikit pening.

“Kain dah siap, tapi Abang tak sure how to use the dryer.” Dia masih lagi melihat mop itu di sebak ke kiri dan ke kanan.

“Nanti I ajar you.” Aku tidak mengangkat muka.

“I am a bit confused, berapa banyak nak letak sabun and softener, and which one goes in first.”

“Sabun masukkan kat soap compartment, 2 scoops, then kat softener compartment you put the softener. 1 full cap.”

Nadim mengangguk.

“Ok, I go and settle the other load.”

“Ye. Go….” Sebelum aku naik marah.

“You sure gonna be ok ?”

“Ye.”

“Anything, I kat laundry room.” Dia mula bergerak tapi berhenti di tepi aku.

“Excuse me Sir…” aku terpaksa berhenti mengemop dan aku masih lagi tunduk. Rasa marah pada Nadim menjadi-jadi.

Dia tarik tangan aku dan heret aku ke tepi tingkap. Aku membebel tapi Nadim tidak mengendahkannya sedikit pun.

“Nampak tu ?” dia menunding ke arah pokok bidara di hujung laman.

Aku tersenyum sedikit melihat Ensha yang terbuai-buai di atas hammock dengan sebuah buku di tangannya.

“I did that.” Nadim rasa bangga. Hasil pertama yang di buat khas untuk anak kesayangannya.

“Ok.”

Aku terus tinggalkan Nadim dan menyambung kerja.

“Just OK ?”

Aku diam dan terus menerjah mop ke ruang antara katil dan meja sisi.

“What do you expect me to say ?”

“At least say something ..anything than just OK.”

Aku berhenti mengemop dan mataku merenung tajam pada Nadim yang berdiri di tengah bilik.

“Good.” Aku menarik nafas kecil dan terus menyambung kerja.

“What’s with you this morning ?” Nadim jadi tidak puas hati. “First the crying, then you gave me that look….” Dia menahan suara dari berbunyi marah, Nadim menghampiri aku dan menarik lengan, dia cuba mengelus lembut tapi dengan cepat aku rentap kembali dan menjeling tajam.

“Tak ada apa-apa.”

“I tau, there’s something, I don’t know unless you tell me.” dia menghampiri ku.

“When I said nothing then there’s nothing Nadim Syah.” Suara aku tinggikan dan aku sengaja menekankan hujung ayat itu. Aku kembali mengemop walaupun bahagian itu sudah pun siap di mop.

“Wooo… now you are calling me by the name.” Nadim terus menarik mop dari tangan ku.

“So ?” masa belum kawin itu la nama aku panggil, eh sekarang tak boleh pula ? mengada betul !

“I don’t like that…”

“You really know how to screw up my mood.”

Mata Nadim bergerak-gerak.

“Why are you so pissed off ?” Nadim masih cuba menahan rasa marah.

“Don’t press it,” aku ambil semula mop dan melepaskan keluh berat.

Kami saling mendiamkan diri. Mata ku memerhati ruang bilik yang sudah siap di bersihkan, lantai berkilat dan habuk-habuk telah di sapu bersih. Nadim pula memandang aku dengan seribu pertanyaan dan aku nampak mukanya kelat dan pipinya merah menahan marah. Aku keluar membawa mop. Aku rasakan Nadim juga turut membuntuti aku. Kami berhenti di hadapan pintu bilik Ensha.

“D, sometimes I just don’t understand you.” Nadim bersuara kesal.

“I don’t understand you either.” Aku mengecilkan mataku.

“You are making this more complicated….” Nadim memandang tepat.

“I memang complicated, so too bad for you.” Aku juga merenung mukanya.

“Yes, too bad for me…”

“Now you regret ?”

“I don’t say that..”

“You just said..”

“No I did not…”

“You said, too bad for me, and I heard that…heard it loud and clear.”

“Thanks for the ridiculous interpretation..”

“ You don’t love me anymore right ?”

“Huh.. ? What is this ?” dia mengigit bibir.

“I am complicated, you regret it and you don’t love me anymore…”

“Wow, D…. now you really pissed me off…”

“See… its clear…just blurt it out….” Aku geram betul dengan Nadim.

Nadim mengecilkan matanya, kemudian bibirnya tergerak-gerak. Hatinya sakit betul.

“D…” dia menarik nafas. “I am not going to talk to you until you are back to your normal self.”

Nadim rasa lebih baik dia hentikan sebelum terjadi apa-apa perkara yang lebih serius dari ini.

“Ok. Fine !”

“Fine !”

Nadim menarik nafas dan dia berjalan cepat melalui ruang TV dan terus turun ke bilik basuhan. Aku pula terus masuk ke bilik Ensha dan keluar seketika untuk mengambil baldi di dalam bilik kami. Aku merungut sendirian sambil menuang air ke dalam toilet bowl, baldi aku renjis sebelum aku ke bilik Ensha semula. Bilik itu aku mop sampai berkilat sambil terus merungut dan membebel tidak henti-henti.

Nadim mengeluarkan semula semua baju yang di dalam mesin basuh dan di masukkan ke dalam beg plastik hitam. Baju yang sudah di basuh tadi pun di masukkan ke dalam beg plastik hitam yang berasingan. Dia keluar membawa dua bundut itu, kereta di buka dan di humban beg plastik ke seat belakang. Pintu di hempas, dia masuk semula dan terus ke halaman belakang.

“Honey, Babah keluar kejap. If Mummy tanya, tell her Babah pergi dobi.”

“Ok.”

“You have fun Sweetie.”

“Thanks Babah. Best la hammock ni. Honey suka sangat.”

Nadim mengangguk dan terus bergerak semula. Aku lihat saja dari tingkap bilik Ensha.