Friday, November 26, 2010

“Mummy….bangunnn” gerak Ensha Hani. Langsir tebal di tarik ke tepi lantas memercikkan sinar matahari yang baru memancar terus menangkap mata Nadira yang separuh terbuka. “Mummy tak subuh ye ?” Dia melompat ke atas katil membuatkan tilam terenjut-enjut.

“Mummy cuti la sayang…” Nadira memusingkan badan dan menarik selimut menutupi kepala. Silauan matahari yang baru naik dengan garangnya membuatkan mata yang tertutup rapat itu terasa pedih.

“Oooo patut la….Mummy bangun la, hari ni kan hari Alam kita…” dia menarik selimut yang menutup kepala, mukanya betul-betul di hadapankan ke hadapan muka Nadira dan tangan kecilnya mengopek pelupuk mata memaksa si ibu bangun.

“Hari Alam ??? Apa pulak …” bisik Nadira malas, tangan Ensha ditepis perlahan.

“Mummy lupa ye…kan hari Ahad kita gi berbasikal kat FRIM…” Nadira memejamkan mata serapat-rapatnya dan Ensha masih terus mencuba mengopek pelupuk mata itu. Ohhh manalah budak ni dapat semua tenaga di dalam tubuh kemetot itu….

“Kita skip satu hari boleh ?” tanya Nadira dengan malas, mata di buka separuh dan amat berharap Ensha mengangguk tapi Ensha menggelengkan kepalanya laju. Dia duduk celapak di atas perut Nadira pula, mata yang masih terpejam terus terbuka bulat, henyakan badan itu walaupun kecil tetap membuat perut kempis Nadira terasa senak.

“Aduh…sakit la….beratnya anak Mummy ni.” Nadira menggeletek pinggangnya dan dia terjatuh di sisi sambil ketawa terkekek-kekek. Nadira akhirnya mengalah, dia bangun dan terus ke bilik air, dia mandi dengan mata masih tertutup. Ensha pula melompat-lompat di atas katil tanpa ada siapa melarangnya, siap buat somersault.

“Aunty Oya tidur ke Ensha ?” tanya Nadira sambil menyarungkan seluar.

“Dah bangun la Mummy. Aunty siap buat breakfast lagi.”

Nadira mengganguk sambil menyarungkan pula sehelai t-shirt lengan panjang berwarna hijau tua.

“Ok let’s go princess…cepat la…” Dengan bertenteng Ensha membuntuti Nadira ke tingkat bawah.

Ketika Nadira masuk ke dapur, dia lihat Oya sedang duduk menikmati kopi panas sambil membaca akhbar pagi.

“Ko tak tidur ke ?” tanya Nadira sambil menuang kopi panas ke dalam mug, kopi itu di teguk sedikit dan kafeine yang mengalir terus merangsang tubuh. Mata Nadira hanya melihat hidangan yang tersedia. Cucur ikan bilis. Dia mencapai sebiji dan mula mengunyah perlahan.

“Lepas subuh tadi aku rasa lapar pulak. Korang nak ke FRIM ke ?”

“A’ah…aku tak larat ni beb…”

“Bukan tiap hari, seminggu sekali la D, layan la kejap.”

Nadira mengangguk lemah.

“Ya..I know,” jawabnya tersenyum senget dan terus mendapatkan Ensha yang sedia menunggu di porch sambil membuat hoola hoop.

DUA beranak itu mendaki bukit-bukit kecil di Rover Track, matahari yang merak menyala tidak terasa bahangnya dek kerana pokok-pokok yang merimbun. Ensha mengayuh laju, dia sudah terlalu biasa dengan denai di situ. Sesekali sahutan unggas membuatkan suasana indah sekali. Kaki mengayuh dengan penuh berhati-hati ketika melalui jalan yang agak sempit, ketika pertama kali Nadira ke situ, memang ngeri tatkala melihat gaung yang dalam di sepanjang jalan. Kaki dan minda harus selari, harus sama konsentarsinya, kalau tidak kemalangan boleh terjadi.

Mata Nadira masih lagi terasa sembab, kepalanya juga terasa ringan, disebabkan kepenatan yang tidak habis lagi, dia mengayuh dengan agak perlahan. Matanya memerhati Ensha di depan yang terus mengayuh tanpa rasa penat. Dia gigihkan diri mengayuh melepasi bukit yang agak curam. Peluh memercik dan kaki terasa sengal.

“Cepatla Mummy..”

Terdengar jeritan Ensha yang di selang seli dengan deru angin beberapa pengayuh basikal yang lebih laju memotong. Entah macam mana konsentrasi Nadira terganggu dan tayar terlanggar akar kayu yang terbonjol keluar, basikal terhoyong hayang dan Nadira menjerit pabila merasakan basikal itu semakin menghampiri lereng bukit, dalam kekalutan itu dia segera melompat, badannya melambung beberapa meter sebelum tercampak ke tanah merah yang kasar dan kering. Basikal itu terus meluru menghampiri tebing dan matanya terbeliak melihat basikal itu terjunam laju ke dalam gaung. Nasib baik otak Nadira bertindak pantas, kalau tidak tidak tahulah apa yang akan terjadi. Ensha yang terdengar jeritan Nadira terus memberhentikan basikal. Dia berpaling dan mencari-cari Nadira di belakang, matanya tertangkap Nadira yang sedang mengerang kesakitan.

“Mummmy…mummy ok ke ?” Ensha mengoncang badan Nadira yang sedang menanggung kesakitan kesan hentakan tadi dan sekaligus menyedarkan Nadira dari kekagetan.

“Mum..Mummy ..o..ok”

Beberapa orang sudah pun memberhentikan kayuhan mereka dan mengerumuni Nadira, melihat keadaan dan juga menghulurkan kata-kata simpati.

“Puan ok ?” tanya Nadim, seorang pengayuh basikal yang turut berhenti ingin tahu apa terjadi. Ketika pengayuh lain mula bergerak, dia memerhati keadaan Nadira dari jarak yang lebih dekat lagi. Dia yang tadi sedang bertinggung bangun seraya membantu Nadira bersandar pada seketul batu besar.

“Kaki saya sakit…” Mata mereka sama-sama melihat ke pergelangan kaki yang ada kesan luka dan lebam.

“Saya rasa puan terseliuh ni.” Nadira mengembungkan pipi menahan sakit. “Kat kereta saya ada First Aid Box. You tunggu sini ok ?”

Nadira hanya mengangguk, dengan kaki yang sakit mana la dia hendak pergi lagi. Buat lah apa saja asal sakit ini boleh dikurangkan. Ensha di sisi sudah mula menangis teresak.

“Mummy..jangan buat camni lagi ok…..” Nadira menarik Ensha dalam dakapan, kepalanya di usap dan dia bawa wajah comel itu ke tengah dadanya.

“Don’t worry sayang, Mummy tersilap je tadi. Mummy dah ok la..Cuma basikal tu je tak ok.” Dalam keriut menahan sakit, Nadira tetap menguntum senyum dan mencium ubun-ubun Ensha.

“Kita tunggu Uncle tadi ?” tanya Ensha melangut melihat ke arah Nadira yang mengangguk.

“Nasib baik dia ada kan Mummy. Kalau tak camna…”

Nadira hanya mengangguk. Apa telah terjadi pagi tadi memang ngeri kalau di ingat-ingat kembali. Sememangnya dia sangat beruntung, kerana Allah mahu dia selamat, dan Allah juga mengirimkan seseorang untuk menolongnya pada pagi itu. Terima kasih Ya Allah, terima kasih Ya Allah….

No comments:

Post a Comment