Friday, November 26, 2010

MEREKA bertiga menuruni beberapa bukit dan terpaksa berhenti beberapa kali sebabkan kaki yang masih terasa sengal. Terhencut-hencut Nadira berjalan di bantu dengan sebatang kayu yang Nadim kutip. Ensha berjalan ke hadapan sedikit sambil mengheret basikalnya. Nadim di sisi juga mengheret basikal.

“Selalu datang sini ke ?” tanyanya cuba mewujudkan atmosfera yang lebih santai.

“Every weekend.” Jawab Nadira malas-malas.

“Owh. I first time, selalu off road je atau ke Putrajaya track.” Terangnya tanpa di pinta. “I selalu cycle sampai ke Shah Alam, lalu Puncak Alam, the road menuju ke Meru, sometimes we cycle to Meru, sometimes sampai ke Kuala Selangor. Penat juga sebab banyak bukit.” Dia semakin rancak berbual.

“Baguslah.” Jawab Nadira sepatah, dia sangat tidak berminat untuk berbual-bual ketika itu.

“Maybe we can do it together…” Dia memaling muka dan ternampak Nadira mencebikkan bibir. “Emm.. of course with your husband lah…” Nadim terlupa yang di sebelahnya adalah isteri seseorang, dia mengangkat kening dan hatinya mencebik sedih.

Nadira tidak menjawab. Ini adalah yang pertama dan terakhir ye Encik. Dia tidak berhasrat langsung untuk memanjangkan apa-apa selepas pagi itu …

“Park kat mana ?” tanya Nadim.

“Seberang jalan sana.” Nadira menunding ke arah sebuah kawasan lapang yang dijadikan tempat parkir oleh pengunjung-pengunjung FRIM.

“Oh.hmm. you nak call your husband ?” tanya Nadim memandang tepat ke muka bujur sirih yang sangat cantik itu.

Kereta bertali arus agak menyukarkan mereka untuk melintas. Apatah lagi dengan keadaan Nadira yang terhencut-hencut.

“Hm…tak apa. I tertinggal phone kat dalam kereta.”

“Oh, you can use mine and call him. Takan lah nak drive dengan keadaan macam ni.” Suara Nadim jelas mempamerkan kerisauannya.

“Babah tak ada.” Beritahu Ensha dan Nadim terus memaling ke arah budak kecil itu selepas itu ke arah Nadira dan Nadim sempat melihat mata Nadira yang bulat seolah menyuruh Ensha tidak berkata lanjut.

“Oh….camtu you tunggu sini, I simpan basikal ni, and take your car here.”

Nadira menarik nafas, kaki semakin berdenyut dan dengan lemahnya dia terpaksa mengikut saja usul lelaki itu. Poket seluar diseluk dan kunci kereta di serahkan pada lelaki itu. Was-was hadir di benak Nadira, tapi dia tawakal sahaja, teringat kata-kata Pak Muleh, penjaganya di Baitul Saadiah, jangan selalu berburuk sangka dengan orang.

“Honey, kita tinggalkan your bike kat sini dulu, show uncle kereta Mummy ok ?”

Ensha mengangguk dan dia terus menyelukkan tangan kecilnya dalam tangan lelaki itu, perlakuannya membuat Nadira terkejut tapi tidak berkata apa-apa. Dia memaling ke arah Nadira dan tersenyum lebar. Risau bertandang di dalam benak Nadira. Boleh percaya ke Mamat ni ? Aduh…dia semakin kesal dengan dirinya.

“Mana kereta Mummy ?” tanya Nadim setelah mereka berada di seberang jalan.

“Tu.” Tundingnya pada Storm yang terletak di bawah sepohon pokok.

Nadim mengangguk dan matanya memerhati sekeliling. Kelibat Amid tidak kelihatan lagi.

“Kita simpan bike Uncle dulu ye ?”

Ensha mengangguk dan mereka terus mengikut langkah mendapatkan kereta Nadim yang selang tiga buah dari kereta Nadira. Nadim membuka tayar kemudian melipat basikal sebelum memuatkan di ruang belakang kereta pacuan empat roda yang berjenama mewah itu.

“Honey suka chocolates tak ?” tanyanya dan membuka pintu sebelah pemandu.

Ensha mengangguk, “Of course la.” Jawabnya dengan tawa kecil yang nakal.

Nadim mengangkat keningnya dan mencapai satu kotak plastik.

“This is for you.” Kotak itu di hulurkan dan mata Ensha bulat memerhati muka Nadim.

“Thank you, tapi Mummy larang ambil chocolates or anything from stranger.”

“Am I a stranger to you ?” Nadim mencebik.

“Emmm….” Ensha mengelung rambut kerinting halus ke belakang telinga, dia tidak pasti.

Nadim berlutut di hadapan anak kecil itu.

“A minute ago, mungkin Uncle a stranger to you, but now, I am your friend.” Nadim senyum dan menghulurkan kotak plastik yang di dalamnya terisi pembalut berwarna-warni.

“Ok, let’s shake hand.” Ensha menghulurkan tangan dan Nadim menyambutnya mesra.

“Friends…” kata Ensha memandang ke seluruh raut wajah Nadim.

“Ya…friends..” Nadim senyum dan dia membuka penutup kotak plastik itu. Dia mengambil satu coklat dengan pembalut berwarna pink. “Yang ini rasa strawberry.”

Ensha membuka pembalut dan terus mengulum coklat itu.

“Sedapnya !”

“ Jom kita ambil Mummy.”

“Boleh tak nak share coklat ni dengan Mummy ?”

“Mesti la boleh.”

Ensha mengangguk-angguk dan mereka terus mendapatkan kereta Storm.Tidak lama kemudian, kereta Storm yang dipandu Nadim masuk ke tepi pintu gerbang di mana Nadira menanti mereka. Kereta itu diberhentikan betul-betul di sisi Nadira supaya senang nanti dia kerabat naik kereta yang tinggi itu.

“Rasanya you tak boleh drive ni, dan suami you pulak takde, lebih baik I hantar ?”

Nadira mengerutkan dahi sambil menggeleng perlahan.

“Tak apa lah Encik Nadim. You’ve been very kind enough..and too helpful…I’ll manage.”

“Bahaya nanti, lebih-lebih lagi you bawa Honey. I boleh drive you guys ke rumah.”

Ewah ewah kan main lagi mamat ni.

Telefon Nadim berbunyi dan dia terus menyambutnya, Nadira dengar saja percakapan lelaki itu dengan si pemanggil. Nadim sedang mengarah seseorang untuk datang ke tempat mereka.

“Sorry ….” Katanya dan terus memasukkan handphone ke pouch biru yang terlingkar di pinggangnya.

“Tolong beri kunci kereta saya…” suara Nadira semakin mendesak. Lebih lama dia di situ lebih sakit hati dan juga tentunya kaki yang tidak berhenti berdenyut.

“I don’t think you boleh drive. Let me, I am harmless.” Dia ketawa di hujung kata-kata itu yang mana tidak sedikit pun terasa lucu oleh Nadira.

“Encik, tolong berikan kunci kereta saya, SEKARANG juga !” Nadira menjegilkan mata dan membuatkan hatinya bertambah sakit Mamat yang berdiri di hadapannya boleh gelak suka hati.

She is so cute !

“Boss…” perbincangan mereka terganggu. Seorang lelaki menghampiri dan Nadira hanya melihat Nadim menyerahkan kunci kereta dan memberitahu keretanya di parkir di mana. Lelaki itu mengangguk dan terus berlalu.

“Ok..now I dah tak ada kereta..so camna pun I terpaksa drive kereta ni. Don’t worry I akan explain semua to your husband.”

“Tak apa lah…I boleh drive…” Nadira membeliakkan matanya sebesar yang boleh menuntut lelaki di hadapannya untuk mengerti yang dia tidak perlukan sebarang bentuk pertolongan lagi, cukup dengan apa yang telah di lakukan. “Ensha masuk. Terima kasih banyak Encik Nadim. Terima kasih sangat-sangat.” Suaranya di kawal supaya tidak berbunyi sombong dan seolah tidak berterima kasih pada Nadim. Gopoh gapah Nadira membuka pintu, dengan kaki yang berdenyut dia cuba memanjat Storm yang tinggi itu. “Ouchhhhhhhhhh”

Ensha yang melihat mummy sudah marah-marah, cepat-cepat masuk ke dalam kereta. Tanpa memperdulikan rasa denyutan yang makin menyengat, Nadira terus menarik pintu kereta dan menghempas dengan kuatnya. Tangannya terhenti pada tempat kunci, dengan mengetap gigi cuba menahan marah apabila Nadim tersengih nakal sambil menghayunkan kunci kereta.

“You tak ambil kunci lagi, mana boleh nak drive.”

Nadim menelan rasa gelihati, dia menarik nafas dan berusaha tidak ketawa. Nadira mengepal penumbuk, cuba untuk tidak melepaskan rasa marah yang mendidih.

“Let me help. Please.”

Kaki Nadira berdenyut tidak henti-henti, kini sudah menjadi kebas. Dia memang tidak berdaya sebenarnya tapi hatinya keras untuk menidakkan pertolongan lelaki itu.

“Kaki tu tambah sakit nanti, just trust me ok ?”

“Mummy please let Uncle Nadim drive kita. Mummy sakit nanti camna ? Please Mummy.” Suara Ensha perlahan dan takut-takut tetapi dia cuba untuk mendamaikan antara Mummy dan Uncle Nadim. Ensha tidak tahu kenapa Mummy marah pada Uncle Nadim sedangkan dia sudah pun membantu mereka. Nadira mengigit bibir atas menahan rasa geram yang menendang-nendang hatinya. Sudahlah kaki berdenyut sakit, bertambah sakit melihat lelaki yang berdiri di luar dengan senyuman, dan senyuman manis itu sangat-sangat menganggu penglihatan Nadira.

Nadira lepaskan nafas geram yang terkumpul dan akhirnya dengan menahan rasa tidak puas hati dia terpaksa bersetuju. Nadim terus membuka pintu belakang lalu memapahnya keluar dari tempat pemandu. Tanpa di duga Nadim terus mendukung Nadira dan berjalan sepantas yang boleh ke bahagian belakang yang sedia terbuka itu. Nadira tergamam dengan tindakannya, ketika dia diletakkan ke seat belakang, renungan Nadim tepat ke arah Nadira tidak berselindung lagi, Nadim tahu adalah sangat salah dan berdosa dia merenung isteri seseorang begitu rupa, tapi mata bulat dengan anak mata coklat itu sangat menarik hatinya. Sayang sekali, wanita berwajah lembut tapi perwatakannya agak garang itu sudah menjadi hak orang lain, timbul sedikit rasa kesal di benaknya.

“Ok Honey, let’s go to the clinic first then baru Honey tunjuk rumah Honey ok ?” Ensha tersenyum dan mengangguk.

Sepanjang perjalanan, Nadira diam sahaja di belakang, celoteh Nadim dan Ensha membuatkan mukanya lebih berkerut-kerut menahan rasa denyut dan sakit hati yang semakin kerap menyerang. Tangannya ringan saja hendak mencekik lelaki yang suka buat lawak-lawak bodoh tapi amat di senangi Ensha Huh, getus Nadira kuat sehingga membuatkan Nadim terpaksa melihat dari cermin pandang belakang.

No comments:

Post a Comment