Friday, November 26, 2010

Bab 2-1

Nadim menarik keluar kotak First Aid yang baru semalam di masukkan. Ada sebab rupanya apabila dia tiba-tiba mengalihkan kotak bantuan kecemasan itu dari kereta miliknya yang sebuah lagi. Dia membuka kotak itu dan memeriksa kandungannya. Sebelum mengayuh semula ke tempat kejadian, dia menghubungi Amid, pembantu peribadinya.

“Mid, I kat FRIM ni, you datang sini dengan Azlan, standby mungkin you kena drive my car back.” Dia mengarahkan Amid.

“Ok boss.” Suaranya lemah sahaja, pagi Ahad itu dia mahu bersenang-senang di atas tilam lembiknya, tapi panggilan dari Nadim membuatkan dia hilang selera untuk bermanja dengan bantal busuk yang sentiasa menemaninya.

Nadim mengayuh laju, otot-ototnya nampak pejal setiap kali dia mendaki bukit-bukit itu. Mentari yang semakin galak membuatkan percikan peluhnya semakin menjadi-jadi.

“Camna ?” tanya Nadim sebaik menjatuhkan basikal di sisi.

“Berdenyut dah…” jawab Nadira berkerut-kerut.

“Sorry ye, boleh tak gulungkan sikit seluar, senang nak bandage dan bersihkan luka,” katanya menanti Nadira menarik seluar panjang berwarna hitam itu.

Nadira terus menarik kaki seluar, tapi Nadim nampaknya tidak berpuas hati dan tatkala dia menggulungkan kaki seluar itu hingga menyerlahkan separuh dari betis yang cantik bentuknya, Nadira terpaksa biarkannya. Mata lelaki itu meneliti pergelangan kaki yang sudah ada kesan lebam, dan kerana kulit Nadira yang sangat putih menampakkan lagi biru hitam di kawasan tersebut.

“Boleh gerak-gerak ?” tanyanya.

Nadim mengangkat muka dan untuk pertama kali matanya merenung ke arah Nadira, dia tergamam. Sekilas pandang dia terpesona dengan apa yang di lihat di hadapannya, cepat dia mengalihkan mata namun hatinya terasa tidak cukup. Dia cuba menumpukan ke arah luka dan lebam di kaki Nadira, tapi hatinya di rengut-rengut minta matanya di angkat, sekali lagi dia mengerling sedikit agar tidak nampak keterlaluan. Wajah yang berkerut sakit memang memukau.

“Boleh, tapi sakit….” Suara Nadira keluar tersekat-sekat, dan dia berdehem berkali-kali. Jantung Nadira tiba-tiba berdegup lebih laju dari denyutan yang terasa di pergelangan kaki. Renungan lelaki tadi walaupun sekilas cukup untuk membuat dia rasa terganggu.

Nadira cuba menggerakkan pergelangan kaki, kesakitannya menyebabkan dia mengaduh kecil. Nadim berdehem berkali-kali, kerongkongnya tiba-tiba terasa ketat dan sukar untuk mengeluarkan kata-kata, entah kenapa jantungnya pula berdegup tidak keruan. Mengenangkan wanita di hadapannya adalah seorang ibu dan tentulah isteri pada seseorang, Nadim mengawal matanya, dan tentu sekali tingkahnya.

“You cakap apa tadi ?” matanya tepat memandang pergelangan kaki.

“Boleh gerak, tapi sakit.”

“Ok kita cuba bandage, but still kena pegi klinik.”

Kotak bantuan kecemasan di buka dan Nadira lihat lelaki itu mengeluarkan satu gulung bandage dan sebotol antiseptik, kawasan pergelangan kaki di bersihkan sebelum dengan penuh hati-hati kakinya di balut dengan sekemas mungkin.

“Uncle, doktor ye ?” tanya Ensha yang bercangkung di sisinya.

“Tak…” Nadim senyum, tangannya ligat melilit bandage, matanya pula memaling ke arah Ensha. Mak cantik, anak manis.

“Tapi Uncle pandai ubatkan Mummy…uncle nurse ye ?” Nadim ketawa sambil menggeleng kepala. “Abis tu…uncle apa ?”

“Uncle kerja kat ofis la, tapi uncle dulu belajar First Aid.”

“Ohhh….nama Uncle apa ? Saya Ensha Hani, panggil Ensha je. Tu Mummy saya Nadira, or Dira or D je…” Nadira mengetap bibir. Amboi ramah tamah pulak si kecik ni.

“Nadim…Nadim Syah..”

“Wah nama cam Hang Nadim….” Ensha ketawa kecil.

“Ya, Hang Nadim the hero.” Nadim mengenyet mata membuatkan Ensha bertambah seronok melayan lelaki itu.

“Tapi Hang Nadim budak kecik, Uncle dah besar !” Mereka berdua ketawa.

“Ensha !” Nadira menjeling tajam Ensha yang semakin seronok beramah mesra.

Anak itu tidak memperdulikan mummynya. Dia lebih senang bertinggung di sisi lelaki yang baru mereka kenal itu dari memeluk Nadira untuk mengurangkan rasa sakit.

“Ensha..sini…” Nadira cuba menggapai lengannya tapi cepat si kecil mengalih sedikit ke belakang.

“Mummy dok diam-diam nanti tak ikat betul sakit..” amboi..bukan main lagi si kecik ni.

“Uncle panggil Ensha, Hani lah boleh ?” Nadim menampal plaster sebelum menyemat hujung lilitan dengan pin kecil. Dia menarik kotak kecemasan itu dan mengeluarkan sepeket gauze.

“Kenapa pulak ?”

“Biar lain dari yang lain…” dia tersenyum manis dan memerhati riak muka si kecil, makin lebar senyumnya. Nadim menyeka peluh yang mengalir di tepi telinga.

“Boleh…Hani…cam H.O.N.E.Y kan ?”

Eh…Eh makin menggatal pulak si kecik ni, geramnya aku.

“Ya..and you are as sweet as H.O.N.E.Y.” Ujarnya sambil memicit hidung mancung Ensha. Ensha apa lagi ketawa mengekek yang menjengkelkan Nadira.

Nadim menonggengkan botol kecil tadi pada gauze yang ditekup di mulut botol. Luka yang terdapat di bahagian siku ke bawah dibersihkan dengan antiseptik. Dia memeriksa dan membelek tangan bahagian kiri pula dan menguis-nguis luka dan calar. Berkerut-kerut muka Nadira menahan pedih ubat antiseptik mengenai kesan luka.

“Sorry, pedih ye ?” tanyanya dan Nadira hanya mengangguk. “Tahan sikit ye..”

Nadira perhati sahaja dengan mulut yang terkemam, jari-jari lelaki itu menyentuh dengan lembut dan sedaya upaya cuba mengurangkan rasa pedih.

“Alright, dah siap. Come, let’s help Mummy up.” Katanya melihat pada Ensha. Kotak kecemasan di kemas dan Nadim bangun berdiri. Dia berkira-kira apakah kaedah paling sesuai untuk membantu wanita di hadapannya bangun dan berjalan ke bawah.

“Jauh juga kita nak kena jalan ni … boleh ke ?” tanya Nadim.

Nadira melangkutkan mukanya, “Boleh, I rasa boleh jalan tapi perlahan-lahan.”

“Hmm…ok, kita try…” dia menghulurkan tangan, tidak pasti samada hendak menarik terus atau meletakkan tangan wanita itu ke bahunya dan menolak badan itu supaya boleh berdiri.

Nadira menyambut tangan itu dan mengenggam erat, tetapi kakinya yang masih terasa sakit tidak boleh menolak badannya untuk berdiri, dia terjatuh kembali dan punggungnya pula terasa sakit di hempap.

“Hmm…” kata Nadim dan terus bertinggung di sebelah Nadira

No comments:

Post a Comment